the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki OKU maut kedai motosikal terbakar

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai motosikal di Taman Sri Utama, Gurun dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata mangsa yang berusia 34 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas premis berkenaan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada 4.40 pagi. Sebanyak 16 pegawai serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan BBP Yan digegaskan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang merupakan anak pemilik kedai motosikal terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan.

“Kedai satu tingkat itu musnah lebih 90 peratus dan api berjaya dikawal pada 5.17 pagi,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings