the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LKAN: Kerja naik taraf bangunan daif di sekolah kurang memuaskan, hanya 123 daripada 1,505 sekolah siap dinaik taraf

KUALA LUMPUR: Prestasi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah kurang memuaskan, menurut laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

Menurut laporan itu, daripada 1,505 sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif, hanya 411 sekolah diangkat permohonan pelaksanaan projek daif kepada Kementerian Ekonomi.

“Bagaimanapun, sehingga 31 Dis 2022 hanya 123 sekolah atau 31.9 peratus daripada 386 sekolah yang dilaksanakan projek daif telah siap dinaik taraf sejak 2019 hingga tahun lepas.

“Keberhasilan pengurusan naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif tidak tercapai sepenuhnya kerana sebahagian projek masih dalam fasa pelaksanaan/belum dimulakan sehingga akhir 2022,“ menurut laporan itu.

Keadaan itu menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih dilaksanakan di ruang yang telah disahkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), manakala terdapat penempatan sementara yang disediakan oleh pihak sekolah adalah tidak kondusif.

Menurut LKAN, KPM telah menyalurkan sejumlah RM1.026 bilion peruntukan untuk pelaksanaan 386 projek daripada 1,505 sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif pada skala enam dan tujuh bagi tempoh 2019 hingga 2022.

Daripada jumlah yang diperuntukkan, sejumlah RM715.55 juta telah dibelanjakan dengan 123 sekolah telah siap dan 263 sekolah dalam peringkat pelaksanaan.

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan, pihak audit mengesyorkan supaya Kementerian Pendidikan mengangkat lebih banyak permohonan projek daif kepada pihak Kementerian Ekonomi untuk kelulusan bagi memastikan sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif dinaik taraf dengan segera.

KPM juga disarankan melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak yang terlibat supaya keperluan setiap agensi berkenaan dapat diselaraskan dan pembangunan sekolah menepati keperluan pengguna.

“KPM juga hendaklah menyediakan perancangan penyuraian murid bagi sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif supaya PdP dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat dan kondusif selain melaksanakan penyenggaraan secara berkala,“ menurut laporan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings