the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LRA labohan dagang kembali beroperasi sepenuhnya – Air Selangor

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang yang sebelum ini dihenti tugas sementara akibat gangguan bekalan elektrik, beroperasi sepenuhnya awal pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna bermula pukul 5 pagi.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Air Selangor terus giat menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,“ menurut kenyataan itu.

Semalam, Air Selangor memaklumkan telah menghenti tugas sementara LRA Labohan Dagang akibat gangguan bekalan elektrik yang disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan kecemasan peralatan elektrik di Sub Stesen Utama Olak Lempit oleh pihak Tenaga Nasional Berhad.

Tindakan itu menyebabkan sebahagian kawasan di wilayah Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 10 malam tadi.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings