Ribut tropika Nokaen dikesan di timur laut Filipina, bergerak ke timur-timur laut dengan kelajuan angin 65 km/j, tiada ancaman kepada Malaysia.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat ribut tropika Nokaen.
Ribut itu dikesan di latitud 16.6 utara dan longitud 126.5 timur, kira-kira 479 kilometer di timur laut Naga City, Filipina.
Berdasarkan pemerhatian pada pukul 8 pagi, ribut berkenaan bergerak ke arah timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j.
Kelajuan angin maksimum ribut itu dicatatkan pada 65 km/j.
Ribut Nokaen berada kira-kira 1,502 km di timur laut Pitas, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan bahawa ribut itu tidak menimbulkan ancaman ketara kepada Malaysia.









