the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Orang ramai dijemput meriahkan hari terakhir Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR: Selepas dua hari berlangsung, Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bakal melabuhkan tirai hari ini dengan acara kemuncak ialah Majlis Perasmian Penutupan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Berlangsung di pentas utama pekarangan stadium itu, Anwar dijangka menyampaikan amanat serta mengadakan sesi dialog Malaysia Madani yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan pada 3 petang.

Selain penyampaian hadiah cabutan bertuah, penyerahan kutipan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Peringkat Perkhidmatan Awam turut diadakan.

Orang ramai juga berpeluang memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dengan pelbagai tarikan menanti termasuk menjana pendapatan melalui perniagaan coklat buatan tangan selain mendapatkan panduan mengenai Geran Agropreneur Muda dan Program Pembiayaan Agrobank.

Mereka juga dapat menyaksikan persembahan artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir, Hael Husaini, Suki Low dan Santesh di pentas utama yang akan bermula dari 12.30 hingga 1.30 tengah hari.

Bagi yang mempunyai saman trafik, hari ini adalah peluang saat akhir untuk mendapatkan diskaun hingga 50 peratus di kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia yang dibuka sejak dua hari lepas.

Tidak ketinggalan, pameran aset kerajaan termasuk milik Angkatan Tentera Malaysia seperti aset strategik dan kenderaan ringan, saringan kanser payudara dan kanser serviks, klinik pergigian dan klinik kesihatan am bergerak serta cabutan bertuah.

Pada 8 pagi, majlis pelepasan Mobilisasi Madani Afiat akan berlangsung di pekarangan stadium.

Selain melawat reruai kementerian dan agensi kerajaan, pengunjung boleh menikmati diskaun hingga 30 peratus bagi barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, ayam dan daging segar menerusi Jualan Mega Madani.

Bagi memastikan kemudahan serta kelancaran perjalanan, orang ramai boleh menggunakan pengangkutan awam dengan perkhidmatan bas percuma disediakan bermula 7 pagi dan mereka juga akan menikmati diskaun 25 peratus bagi tambang perjalanan ke Stesen LRT Bukit Jalil.

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani diadakan dengan tiga objektif iaitu menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu kepada rakyat, meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan secara berkala.

Program tiga hari itu, yang bermula 9 pagi hingga 10 malam, memfokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan Madani, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings