the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pearly hampir menangis, Thinaah lega raih emas Sukan SEA

Pearly Tan dan M. Thinaah rangkul emas Sukan SEA 2025 selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir badminton beregu wanita yang mendebarkan

BANGKOK: Mendengar lagu Negaraku berkumandang di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat merupakan detik yang membalas setiap titisan peluh buat pemain beregu wanita negara, Pearly Tan.

Pearly dan pasangannya, M. Thinaah, diuji maksimum dalam perlawanan mendebarkan selama 86 minit sebelum menundukkan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma–Meilysa Trias Puspitasari, 21-16, 19-21, 21-17 untuk merangkul pingat emas Sukan SEA 2025.

Pemain berusia 25 tahun itu mengakui beban emosi perlawanan akhir hanya benar-benar dirasai selepas mata terakhir dimenangi.

“Saya rasa hampir menangis. Saya terlalu letih dan sangat-sangat gembira dapat mendengar lagu Negaraku,” katanya selepas majlis penyampaian pingat.

Pearly turut berharap kejayaan mereka akan memberi inspirasi kepada pemain remaja untuk mengimpikan emas Sukan SEA dalam acara beregu wanita.

Sementara itu, Thinaah berkata beliau lega dapat menyumbangkan emas buat Malaysia, terutama dengan beban jangkaan yang diletakkan di bahu mereka.

Beliau mengakui tekanan amat besar apabila banyak orang mengharapkan emas daripada mereka.

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, berkata beliau gembira dapat membimbing pasangan beregu wanita ketiga Malaysia meraih emas Sukan SEA.

“Sukan SEA sentiasa berkaitan dengan negara, bukan seperti kejohanan-kejohanan biasa. Saya benar-benar gembira kerana perasaannya berbeza,” katanya.

Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah di Bangkok dan Chonburi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories