the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengurusan zakat Selangor bantu ramai asnaf, jadi contoh negara luar

SHAH ALAM: Inovasi pengurusan kutipan dan agihan zakat di Selangor berjaya memberi manfaat kepada ramai umat Islam terutamanya golongan asnaf di negeri itu selain kini menjadi contoh kepada beberapa negara luar.

Menurut teks khutbah jumaat yang dikeluarkan oleh Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor hari ini, kemampuan pengurusan zakat di negeri ini telah memberi keterujaaan dan contoh kepada banyak negara seperti Indonesia dan Thailand.

Khutbah yang bertajuk “Zakat Payung Negara” itu antara lain menyatakan bahawa dengan kemampuan mengagihkan zakat berjumlah RM1.05 billion dan kutipan zakat RM1.07 billion tahun lepas, ia jelas menunjukkan pengurusan Lembaga Zakat Selangor (LZS) benar-benar dipercayai ramai.

Menurutnya 6,000 orang asnaf berjaya keluar dari kemiskinan dan menjadi usahawan hasil wang zakat selain bantuan juga disalurkan untuk pendidikan dari pra sekolah hingga ke universiti dan mampu melahirkan golongan profesional pelbagai bidang dari kalangan anak-anak asnaf.

Tambahnya di Selangor terdapat ramai ikon asnaf zakat yang menempa nama sebagai manusia teladan termasuk Prof Madya Datuk Dr Farid Ravi Abdullah, yang kini merupakan Naib Canselor Universiti Islam Selangor.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings