the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rachel pertahan emas, emas ketiga negara

BANGKOK: Gimmas negara Rachel Yeoh Li Wen berjaya mengekalkan pingat emas acara palang bertingkat pada Sukan SEA Thailand 2025 di Pathum Thani, hari ini.

Atlet berusia 26 tahun itu mempersembahkan rutin mantap bernilai 13.300 mata pada aksi akhir di Gimnasium 5, Kampus Rangsit, Universiti Thammasat.

Beliau menewaskan wakil Filipina., Heylee Garcia yang meraih 12.300 mata, manakala Colleen Hong dari Singapura membawa pulang gangsa dengan 10.933 mata.

Keputusan ini datang kerana saya mengekalkan rentak sendiri dan tidak terlalu memikirkan pesaing,” kata Rachel kepada Bernama.

Atlet kelahiran Pulau Pinang itu, yang pernah bergelut dengan pelbagai kecederaan sepanjang karier, berkata kemenangan itu dijangka tetapi tetap bermakna.

“Saya sangat gembira dan memang sudah menjangka menang. Hari ini saya hanya berlawan dengan diri sendiri,” katanya.

Rachel menegaskan dia tidak berhasrat untuk perlahan, sebaliknya komited untuk beraksi sehingga Sukan SEA Malaysia 2027, selagi kesihatan mengizinkan.

Namun, cita-cita terbesarnya adalah di pentas lebih besar.

Atlet yang memenangi emas acara palang bertingkat dan batang titian pada Sukan SEA Vietnam 2021 berkata sasaran jangka panjangnya ialah layak ke Sukan Olimpik pertama di Los Angeles pada 2028.

Acara gimnastik wanita tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Focus Graphite achieves 99.9996 wt.% ultra-high purity and 2.03 ppm EBC in follow-on testing

Focus Graphite has achieved 5N+ purity and a 2.03 ppm EBC from its Lac Knife graphite deposit, meeting nuclear-grade standards. The results support its expansion into high-value markets, including graphene, defense systems, clean energy, and advanced electronics.
spot_img

Popular Categories