the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Singapura akan naikkan usia persaraan, bekerja semula pada 2026

SINGAPURA: Umur persaraan di Singapura akan dinaikkan pada tahun 2026 kepada 64 tahun dan mereka yang ditawarkan untuk bekerja semula selepas bersara boleh meneruskan hingga usia 69 tahun, menurut media tempatan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng pada Isnin, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi kementeriannya di Parlimen, lapor The Business Times.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada proses berterusan yang akan menyaksikan umur persaraan dan usia bekerja semula negara itu masing-masing mencapai 65 tahun dan 70 tahun menjelang tahun 2030.

Umur persaraan dan bekerja semula semasa masing-masing dinaikkan kepada 63 tahun dan 68 tahun pada Julai 2022.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada cadangan yang dibuat oleh Tripartite Workgroup on Older Workers yang ditubuhkan pada Mei 2018 untuk mengukuhkan sokongan bagi pekerja warga emas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

No excuse to hire undocumented foreign workers, employers told

The current ceiling set by the Economy Ministry allows for more than 130,000 foreign workers to be recruited across various sectors, but approvals would still depend on the needs of each sector and subsector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings