Tuesday, November 4, 2025
22 C
Malaysia
spot_img

JAS Kedah arah kilang sarung tangan henti operasi dikesan lepas air sisa berbuih

The Sun Berita

ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah telah menahan operasi sebuah kilang sarung tangan getah selepas didapati melepaskan air sisa berbuih di Kulim Hi-Tech, semalam.

Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata tindakan berkenaan diambil susulan aduan oleh orang awam yang diterima berhubung perkara berkenaan.

“JAS Kedah telah menggerakkan pasukan penyiasat pada hari sama ke kawasan yang diadu dan hasil siasatan mendapati sebuah kilang sarung tangan getah melepaskan air berbuih ke dalam sistem longkang awam.

“Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar tetapi berpotensi mengancam ekosistem air dan kesihatan awam. Sebagai tindakan segera, JAS telah melaksanakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan itu bertujuan menghentikan serta-merta aktiviti pencemaran yang dilakukan oleh kilang terbabit.

“Selain itu, satu kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Jika sabit kesalahan, pihak kilang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata orang awam yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 dan sistem e-aduan JAS iaitu eaduan.doe.gov.my – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Nga reaffirms govt commitment to media freedom

The unity government under Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim “has always upheld media freedom and valued the media’s vital role in informing the public and fostering transparency”.

Most Viewed

Nga reaffirms govt commitment to media freedom

The unity government under Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim “has always upheld media freedom and valued the media’s vital role in informing the public and fostering transparency”.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img