the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPT siap siaga hadapi musim banjir dengan persiapan awal universiti

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kementerian Pendidikan Tinggi mulakan persiapan hadapi musim banjir, beri fleksibiliti pembelajaran dalam talian kepada universiti berisiko.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi sudah memulakan persiapan awal menghadapi musim banjir hujung tahun ini khususnya membabitkan universiti di negeri berisiko dilanda bencana tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata peringatan awal serta penyediaan prosedur sudah dilaksanakan setiap tahun termasuk bagi negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Beliau menjelaskan angin monsun sememangnya lazim membawa risiko banjir pada penghujung tahun.

“Banjir seperti yang kita tahu sejak tahun lepas sampai tahun ini, kita sentiasa memberi peringatan dan membuat persiapan khususnya di negeri sering terbabit banjir.”

“Di peringkat universiti, biasanya kita memberi ruang kepada mereka untuk membuat persiapan diperlukan,” katanya kepada media selepas meninjau persiapan penganjuran Festival Of Idea Putrajaya.

Zambry berkata universiti turut diberi ruang fleksibiliti untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian sekiranya banjir menjejaskan operasi pengajaran di kampus.

“Itu antara prosedur kita. Jika berlaku hal seperti itu, pembelajaran secara dalam talian boleh dilaksanakan.”

“Kita memberi kebenaran itu kepada universiti, mengikut kebijaksanaan serta keperluan masing-masing,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings