the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelanggan terkejut selepas restoran di KL mengenakan caj RM7 untuk segelas air suam

ADAKAH anda sanggup untuk membayar RM7 untuk segelas air suam?

Melalui sebuah hantaran di platform Threads, Pinat Zamree berkongsi pengalaman tidak dijangkanya dan menggelarkannya sebagai “rompakan secara terang-terangan.”

Dia mengakui bahawa dia tidak bertanya ataupun memeriksa harga air suam tersebut sebelum memesannya.

Namun begitu dia telah diberitahu bahawa akan ada caj yang dikenakan.

“Apakah pengalaman dirompak secara terang-terangan anda?

“Pengalaman saya adalah membayar RM7 untuk segelas air suam.

“Kesilapan saya hanya adalah saya tidak bertanya atau memeriksa harganya sebelum membuat pesanan. Mereka ada memberitahu “akan ada caj dikenakan” apabila saya memesan air suam.”

Pinat terkejut apabila melihat bil atau resit, dia tidak pernah menjangkakan air suam akan semahal itu.

“Saya baru terfikir, berapa kos air suam? Rupanya, RM7!

“Hantarannya mendapat perhatian dengan sangat cepat, dengan netizen juga terkejut dengan harga yang melampau itu.”

“Ini satu penipuan dan kita tidak patut membenarkannya.

“Air suam sepatutnya percuma. Itu sepatutnya amalan yang biasa.

“Kita sudah membayar untuk segala-galanya termasuk cukai,“ ujar @su_sixtynine.

“Buat laporan la, RM7 untuk air suam mengarut.” kata

@kavee.ganesan

“Gila! Itu mesti air suam terbaik seumur hidup awak,” gurau @orkediamuse

Pinat juga bersoloroh dengan mengatakan bahawa, untuk harga tersebut sepatutnya dia membawa pulang cawannya.

“Sepatutnya bawak balik saja cawan dan berlakon terkejut – ‘Eh RM7, ingatkan cawan percuma!’” katanya.

Ramai warga netizen juga yang menyarankan untuk dia membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKK), mempersoalkan adakah tindakan restoran tersebut dibenarkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings