the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
27.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Timor-Leste teroka perayauan ASEAN menjelang sidang kemuncak Kuala Lumpur

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

DILI: Malaysia akan bekerjasama dengan Timor-Leste untuk melaksanakan kemudahan perayauan ASEAN bagi memperkukuh keterhubungan digital, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) disaran untuk mengadakan rundingan segera dengan syarikat telekomunikasi bagi menyelaras pelaksanaan inisiatif itu.

“Banyak syarikat telekomunikai mempunyai pelan perayauan masing-masing, tetapi kita mahu wujudkan perayauan ASEAN yang lebih menyeluruh. Dengan ini, pelancong Malaysia ke Dili boleh menikmati akses Internet lebih mudah dan berpatutan,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, semalam.

Fahmi berkata pengalaman Malaysia melaksanakan rangkaian 5G dengan pantas, liputan meluas dan harga berpatutan boleh dikongsi dengan Timor-Leste, khususnya bagi memperkukuh infrastruktur telekomunikasi.

Beliau berkata kira-kira 15 peratus daripada 1.4 juta penduduk Timor-Leste mempunyai telefon bimbit, sekali gus menunjukkan potensi kerjasama luas dalam bidang digital

Selain itu, Fahmi mengesyorkan Bernama, RTM dan MCMC menjalin kerjasama bersama agensi seumpamanya di Timor-Leste, termasuk menjemput wartawan negara itu mengikuti kursus di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).

“Langkah ini akan membantu meningkatkan profesionalisme kewartawanan, memperkukuh kapasiti media serta pendedahan kepada teknologi baharu,” katanya.

Fahmi berkata lawatan rasmi dua hari Anwar ke Timor-Leste yang berakhir semalam, amat signifikan kerana ia merupakan lawatan pertama oleh Perdana Menteri Malaysia selepas 22 tahun dan berlangsung hanya beberapa minggu sebelum negara itu diterima sebagai anggota ASEAN ke-11.

“Detik bersejarah ini bakal menyaksikan penyertaan Timor-Leste secara rasmi ke dalam ASEAN ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ke-47, sesuatu yang amat bermakna bagi hubungan dua hala dan rantau ini,” katanya.

Delegasi Bernama sebelum ini mengadakan kunjungan ke Tatoli, agensi berita nasional Timor-Leste untuk meneroka kerjasama dalam pertukaran kandungan berita – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Two cable theft suspects arrested after high-speed chase

Two men were arrested following a police pursuit from Bukit Antarabangsa to Setiawangsa, where officers discovered sharp weapons, cable-theft tools and drugs in their vehicle.

World Health Summit 2026: Berlin Becomes Global Meeting Point for the Future of Health

BERLIN, GERMANY – Newsaktuell – 11 October 2026 – The World Health Summit (WHS) 2026, the leading platform for global health, brings together more than 4,000 participants from 130 countries in Berlin and tens of thousands more online from October 11 to 13.

MCMC has added more than 1,000 Wi-Fi access points at UMS – Teo

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has added around 1,010 Wi-Fi access points at Universiti Malaysia Sabah to expand campus internet coverage, says Teo Nie Ching.

Most Viewed

spot_img