the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat dakwaan cubaan culik kanak-kanak lelaki di Melaka

MELAKA: Polis Melaka sedang menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak lelaki bahawa dirinya cuba diculik seorang lelaki bertopeng yang menaiki van putih ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Paya Ikan di sini, pada 15 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata laporan itu dibuat di sini pada hari sama kejadian didakwa berlaku membabitkan murid sekolah rendah berusia 12 tahun itu.

“Saya mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu yang didakwa berlaku kira-kira 5 petang pada 15 Ogos dan polis masih menyiasat kesahihan dakwaan itu.

“Bagaimanapun, kejadian tidak berlaku di sekolah seperti yang tular di media sosial sebaliknya berlaku ketika mangsa yang berbasikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini siasatan mendapati tiada cubaan culik terhadap kanak-kanak itu dan orang di dalam van yang didakwa pula tidak menegur murid lelaki tersebut.

Sehubungan itu katanya orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengundang kegusaran masyarakat khususnya ibu bapa.

Bagaimanapun ibu bapa haruslah sentiasa menjaga keselamatan anak mereka bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, katanya.

Terdahulu, tular di media sosial termasuk WhatsApp kes cubaan culik seorang murid sekolah rendah di Jalan Datuk Palembang di sini oleh seorang lelaki bertopeng dan menaiki van putih.

Kanak-kanak itu dilaporkan berjaya meloloskan diri dan memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum laporan polis dibuat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings