the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penunggang motosikal maut dalam nahas tiga kenderaan di Ipoh

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Perdana Taman Desa Meru, Meru Raya, di sini tengah hari tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.21 tengah hari dan tiba di lokasi seminit kemudian.

Beliau berkata kemalangan melibatkan dua kereta jenis Perodua Kelisa dan Perodua Myvi serta motosikal jenis Modenas MR3.

“Penunggang motosikal berusia 33 tahun tercampak ke tepi sungai dan disahkan maut di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Tiga mangsa yang berada dalam kedua-dua kereta hanya mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans KKM,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazlean berkata operasi penyelamatan diketuai Pegawai Bomba Kanan Syed Faisal Syed Mahmood bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.

Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 2.44 petang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings