the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Masjid, surau WP laksanakan solat hajat, Qunut Nazilah untuk Gaza

PUTRAJAYA: Semua masjid dan surau di bawah seliaan bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan agar melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara serentak selepas solat Jumaat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata, seruan itu merupakan manifestasi doa dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap saudara seagama di Gaza yang sedang berdepan krisis kemanusiaan paling parah.

Beliau berkata keadaan di Gaza kini amat membimbangkan dengan krisis kebuluran semakin meruncing, hospital tidak lagi berfungsi dan angka korban yang majoritinya membabitkan kanak-kanak serta wanita terus meningkat saban hari.

“Kita tidak boleh berdiam diri ketika nyawa yang tidak berdosa terus diragut. Doa adalah senjata orang mukmin, tetapi doa mesti diiringi kesedaran dan tindakan bersama.

“Marilah kita mengangkat doa dengan penuh pengharapan agar Allah SWT mengurniakan keselamatan, kekuatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin, serta menghentikan kezaliman rejim Zionis,” katanya – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings