the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua penolong pengarah ditahan SPRM disyaki minta suapan RM50,000

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang ketua penolong pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki meminta suapan dan menerima tajaan bagi membiayai perjalanan ke luar negara daripada beberapa syarikat serta individu.

Lelaki berkenaan ditahan kira-kira 6.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai meminta dan menerima tajaan daripada beberapa syarikat dan individu untuk membiayai perjalanannya ke beberapa destinasi di luar negara pada Mac 2023 hingga Januari 2025, berhubung Projek Ladang Eskport Orkid Dubai (LEOD) yang dianggarkan bernilai RM125 juta.

Tajaan perjalanan yang diterima suspek pula melibatkan nilai lebih RM50,000.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan reman bermula hari ini hingga 23 Ogos, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi, selepas permohonan dibuat SPRM.

Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam kes berasingan, SPRM telah menahan reman seorang ejen insurans wanita disyaki bersubahat dalam pelaburan palsu bernilai kira-kira RM21 juta dan dia kini direman selama lima hari bermula hari ini.

Suspek berusia 40-an itu ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Suspek dipercayai melakukan kesalahan berkenaan pada 2023 hingga tahun ini.

Siasatan awal mendapati sebanyak 22 pelabur diperdaya untuk melabur sebanyak RM21 juta di sebuah koperasi di Lembah Klang, namun wang pelaburan itu tidak diterima oleh koperasi berkenaan dan pelabur hanya diberi sijil pelaburan palsu.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings