the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 11, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lawatan Anwar ke Turkiye eratkan hubungan dua hala dan ekonomi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim umum lawatan rasmi ke Turkiye berjaya perkukuh hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi, termasuk AI dan nadir bumi.

ISTANBUL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi beliau ke Turkiye berjaya mengerat dan memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama ekonomi.

Anwar berkata lawatan tiga hari itu, atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan, turut membincangkan usaha meneroka potensi kerjasama dalam pelbagai bidang.

Perkembangan itu dapat dilihat menerusi penganjuran Mesyuarat Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi (HLSCC) Malaysia-Turkiye yang pertama di Ankara.

BACA: Anwar terima kunjungan Mesut Ozil dan anak Presiden Erdogan di Istanbul

“Ini suatu permulaan menarik kerana tidak banyak negara yang kita adakan hubungan dua hala pada seperti itu,” katanya dalam sidang media sebelum berlepas pulang.

Beliau berkata keputusan strategik daripada mesyuarat itu akan dilaksanakan oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab.

Antara bidang tumpuan ialah pelaburan, perdagangan, pendidikan tinggi, penyelidikan dan teknologi baharu.

Ia termasuk bidang kecerdasan buatan (AI), tenaga dan nadir bumi, kata Anwar.

Pendekatan itu penting bagi memastikan kerjasama dua hala merangkumi bidang berimpak tinggi yang bersifat strategik dan berorientasikan masa depan.

Anwar sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Erdogan serta Kerajaan Turkiye atas sambutan yang diberikan.

“Sambutannya hangat sekali sebagai sahabat dan sebagai penghormatan kepada Malaysia,” ujarnya.

Lawatan rasmi itu merupakan sebahagian usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion.

Pada 2024, Turkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat.

Jumlah perdagangan dua hala pada 2024 bernilai RM24.15 bilion. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories