the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor tidak setuju penternakan babi besar di Kuala Langat

Sultan Selangor dukacita, tidak setuju rancangan penternakan babi berskala besar di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bimbang kesan kepada masyarakat

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan Kerajaan Negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Menurut kenyataan Istana Alam Shah, baginda memandang serius keputusan tersebut, khususnya kerana ia berpotensi melibatkan pembangunan penternakan babi secara berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara di atas tanah seluas kira-kira 202 hektar.

Kenyataan itu memaklumkan, secara prinsipnya, baginda akur dengan kewujudan penternakan babi dalam skala kecil dan terkawal untuk memenuhi keperluan sumber makanan masyarakat Cina dan bukan Islam di Selangor.

“Namun, perancangan berskala besar adalah tidak wajar, tidak sensitif, dan tidak seimbang dengan realiti demografi serta keharmonian masyarakat Selangor, yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu Islam,” menurut kenyataan itu.

Baginda turut menzahirkan kebimbangan memandangkan kawasan Kuala Langat didiami ramai penduduk Melayu, selain masalah berkaitan penternakan babi di kawasan itu yang masih belum diselesaikan sepenuhnya sejak 2010.

Baginda bertitah bahawa penduduk setempat telah lama menanggung kesan negatif termasuk pencemaran bau, air sungai serta masalah lalat yang berlarutan sehingga menjejaskan kualiti hidup dan kesihatan awam.

Dalam kenyataan sama, baginda turut memetik Surah Al-An’aam ayat 145 yang menyebut bahawa daging babi adalah najis dan kotor, sebagai penegasan terhadap sensitiviti umat Islam berhubung perkara berkenaan.

Sultan Sharafuddin turut menekankan bahawa Istana Pantai Bahagia, kediaman baginda, terletak di kawasan Kuala Langat dan baginda sendiri merasai serta menyaksikan secara langsung kesan pencemaran bau daripada aktiviti penternakan babi di kawasan itu.

Sehubungan itu, Sultan Selangor berpandangan adalah tidak munasabah untuk isu yang telah berlarutan lebih sedekad dibiarkan berulang semula dalam skala yang lebih besar.

Baginda mengusulkan agar wakil rakyat di negeri ini, tinggal dan menetap berhampiran kawasan penternakan babi khususnya di Kuala Langat, bagi merasai sendiri pengalaman sebenar yang terpaksa ditanggung oleh penduduk setempat.

“Atas sebab itu juga, baginda tidak bersetuju dengan cadangan menjadikan kawasan Kuala Langat sebagai lokasi sementara penternakan babi sebelum berpindah ke Bukit Tagar kerana bimbang masalah pencemaran yang telah berlarutan di kawasan itu sejak 16 tahun lalu akan menjadi lebih buruk.

“Justeru, baginda mempersoalkan dengan serius sama ada perancangan projek penternakan babi berskala besar ini ada melibatkan kepentingan kelompok ahli politik dan ahli perniagaan tertentu, serta menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya unsur rasuah, konflik kepentingan atau ketirisan tadbir urus dalam proses perancangan dan kelulusan projek berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sultan Sharafuddin turut mengimbas kembali usaha Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini yang menghantar wakil ke luar negara bagi mendapatkan maklumat berkaitan penternakan babi moden, namun kos pemodenan yang tinggi dilaporkan tidak mampu ditanggung oleh pengusaha ternakan.

Oleh itu, baginda mempersoalkan sama ada cadangan terbaharu itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, sedangkan peruntukan berkenaan lebih wajar disalurkan kepada pembangunan kemudahan asas rakyat seperti sekolah dan hospital.

Walaupun tidak menolak sepenuhnya cadangan projek tersebut, baginda menegaskan bahawa kajian pasaran perlu dibuat secara teliti dan rasional sebelum sebarang keputusan muktamad diambil, agar pembangunan ekonomi tidak mengorbankan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor.

“Kerajaan Negeri hendaklah bertindak dengan amanah, telus dan bertanggungjawab, serta mengutamakan kepentingan rakyat melebihi segala kepentingan lain,” menurut kenyataan Istana Alam Shah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings