the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buka kertas siasatan bendera Johor terbalik di hotel Segamat

SEGAMAT: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran di media sosial yang memaparkan bendera Johor dipasang terbalik di sebuah hotel di Pusat Komersial Taman Yayasan di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai insiden itu semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bendera tersebut dipasang oleh dua pekerja hotel berkenaan sempena bulan kemerdekaan.

“Seorang daripada pekerja tersebut, yang secara tidak sengaja memasang bendera berkenaan secara terbalik, merupakan warga asing… sebaik ditegur oleh rakannya, dia telah memperbetulkannya semula,” menurut beliau dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zamry berkata semakan mendapati pekerja itu memiliki dokumen pengenalan diri iaitu pasport dan permit kerja yang sah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor,” katanya- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings