the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JSJ Bukit Aman rujuk kertas siasatan Zara Qairina kepada pejabat Peguam Negara esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan merujuk semula kertas siasatan kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir ke Pejabat Peguam Negara, esok.

Pengarahnya Datuk M Kumar berkata ia bagi mendapatkan nasihat dan arahan setelah tindakan siasatan lanjut dilaksanakan pasukan khas JSJ Bukit Aman.

Setakat ini, polis telah merakam percakapan 195 saksi antaranya pelajar, guru, pegawai perubatan, warden, pengawal keselamatan dan ibu bapa.

“Siasatan polis memfokuskan kepada dua elemen penting melibatkan siasatan daripada aspek inkues dan perlakuan jenayah lain seperti buli serta penularan berita palsu.

“Polis Diraja Malaysia menyeru masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi atau mencetuskan sentimen yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata polis memberi jaminan proses siasatan adalah menyeluruh dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada pagi 16 Julai- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong SMEs face “triple squeeze” from rising costs, weak demand and interest rates...

Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") today announced the results of its 2026 SME Survey ("the Survey"), which revealed that Hong Kong SMEs are facing a "triple squeeze" of rising costs, weakening demand and interest rates fluctuations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings