the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelaburan tambahan bukti keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR: Kemasukan pelaburan tambahan ke Malaysia menunjukkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan dasar kerajaan menyokong pertumbuhan ekonomi sebagai faktor utama.

“Kalau kilang itu tidak untung, mereka tidak akan buat pelaburan tambahan,” katanya.

Beliau memberi contoh Infineon yang memilih Malaysia meskipun mempunyai operasi di negara lain.

“Ini kerana mereka yakin dengan hala tuju ekonomi negara dan juga insentif menarik yang disediakan,” jelasnya melalui video di media sosial X.

Tengku Zafrul menekankan peranan pemimpin seperti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menarik pelaburan.

“Misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara yang diketuai Perdana Menteri itu penting,” ujarnya.

Beliau menegaskan pelaburan tambahan tidak datang bergolek tetapi hasil usaha gigih kerajaan.

“Ia adalah indikator keyakinan pelabur terhadap ekonomi dan dasar kerajaan,” tambahnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings