the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Deklarasi KL akan dibentang pada sidang kemuncak pemimpin ASEAN ke-47 – Nga

KUALA LUMPUR: Deklarasi Mampan Kuala Lumpur mengenai Pelaksanaan Peringkat Tempatan Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dibentang pada Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN ke-47 Oktober ini sebagai input rasmi, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Nga, yang juga Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHA), berkata deklarasi itu menghantar mesej yang jelas dan mendesak bahawa kepimpinan perbandaran adalah penting manakala suara komuniti tempatan merupakan teras dalam membentuk masa depan ASEAN.

“Pencapaian ini bukan sekadar persetujuan di atas kertas, ia merupakan janji kepada kerjasama serantau yang lebih kukuh dan tekad bersama untuk membina bandar yang berdaya tahan, mampan serta berpaksikan rakyat.

“Sebagai Presiden UNHA, saya mengambil maklum keperluan untuk tindakan di peringkat akar umbi. Saya menyeru agar tindakan yang membina dan inovatif diambil bagi memastikan bandar serta negara anggota bekerjasama untuk merealisasikan Visi ASEAN 2045,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan bersama Forum Pembandaran Mampan ASEAN (ASUF), Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (AGMF) serta Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Kota ASEAN (MGMAC) 2025.

Acara yang berlangsung selama tiga hari itu dan dihadiri lebih 9,000 peserta dari seluruh ASEAN serta luar rantau ini, membincangkan cabaran mendesak berkaitan isu perbandaran seperti perubahan iklim, kemampuan memiliki rumah dan peluasan bandar yang tidak terkawal.

Selain deklarasi itu, Nga turut melancarkan ‘KL Call to Action for COP30’, yang disifatkannya sebagai “enjin utama” bagi menggerakkan tindak balas bersama ASEAN terhadap isu perubahan iklim.

Inisiatif ini bertujuan untuk mengintegrasikan Agenda Perbandaran Baharu ke dalam proses Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) supaya dasar alam sekitar dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan tempatan dan komuniti setempat.

Pada masa sama, ia akan mendorong Agenda Perbandaran Baharu diintegrasi sepenuhnya ke dalam proses UNFCCC sekali gus memastikan bahawa dasar alam sekitar dilaksanakan secara berkesan di peringkat tempatan.

Nga juga berkata ASUF telah mengesahkan penjajaran strategiknya dengan Strategi Perbandaran Mampan ASEAN (ASUS) dan Visi Komuniti ASEAN 2045 dengan Malaysia bakal melancarkan Pusat Pintar dan Mampan ASEAN yang akan diterajui Urbanice Malaysia bagi memacu projek berskala besar serta kerjasama antara bandar.

Beliau berkata AGMF pula telah menerima pakai komitmen bersama termasuk mempromosi penyertaan lebih besar kaum hawa dan golongan belia dalam tadbir urus perbandaran manakala MGMAC bersetuju mewujudkan sekretariat tetap di Jakarta, Indonesia.

“Antara komitmen utamanya ialah memformalkan Rangkaian Bandar MGMAC, memajukan Kajian Semula Tempatan Secara Sukarela dan gesaan bersama bagi pelaburan lebih besar di peringkat tempatan daripada institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Dunia,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata penubuhan sekretariat di Jakarta akan memantau serta melaporkan komitmen dan sokongan kepada Filipina selaku tuan rumah bagi persidangan ASEAN seterusnya.

Beliau berkata dengan sokongan penuh daripada Gabenor Jakarta Pramono Anung, sekretariat itu akan menghulurkan bantuan bagi menyelaras, berkongsi sumber dan menguruskan pelaksanaan projek di lapangan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings