the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Serangan terhadap anak Rafizi, kes buli: PM dukacita ada budaya melampau dalam negara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dengan kewujudan budaya melampau di negara ini susulan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli serta kes buli sehingga menyebabkan kematian.

“Budaya ini sangat membimbangkan, saya beri jaminan seperti apa yang disebutkan oleh Menteri Dalam Negeri dan polis bahawa mereka akan bertindak segera, pantas dan telus untuk mengambil tindakan, seterusnya menghentikan budaya jahat ini,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian sebelum menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang ingin mengetahui rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petronas dan strategi syarikat berkenaan dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global.

Terdahulu, ketika bangun untuk mengutarakan soalan, Muhammad Bakhtiar menyatakan beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan terhadap ahli keluarga bekas Menteri Ekonomi itu.

“Saya menggesa pihak polis dan pihak berautoriti untuk siasat secara terperinci dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan anak Ahli Parlimen Pandan itu diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.

Rafizi berkata anaknya telah diheret seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan, selain beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings