the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rasionalisasi aset Petronas, pindaan undang-undang lapuk dibahaskan di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai rasionalisasi portfolio aset Petronas dan strategi syarikat minyak nasional itu bagi menghadapi ketidaktentuan pasaran global menjadi antara fokus Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu tersebut dibangkitkan oleh Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) meminta Perdana Menteri menyenaraikan undang-undang lapuk yang akan dipinda atau dimansuhkan.

Roy Angau anak Gingkoi (GPS-Lubok Antu) pula bertanyakan mengenai rancangan Majlis Keselamatan Negara untuk membangunkan jalan keselamatan di sempadan Sarawak-Kalimantan.

Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) mengajukan soalan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengenai bilangan usahawan informal dan mikro.

Datuk Shahelmey Yahya (BN-Putatan) meminta Menteri Pendidikan menjelaskan latihan untuk meningkatkan kecekapan guru dan literasi digital pelajar luar bandar.

Persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang telah disertai 148 Ahli Parlimen setakat ini.

RMK13 bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” dan melibatkan pelaburan RM611 bilion untuk tempoh 2026 hingga 2030.

Persidangan kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings