the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes Zara kini fokus siasatan jenayah termasuk buli, kata PDRM

KUALA LUMPUR: Siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar, Sabah kini menjurus kepada elemen jenayah termasuk kesalahan buli.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata pasukan khas sembilan pegawai dan anggota yang dihantar ke Sabah pada 11 Ogos lalu telah membuat dua dapatan penting dalam siasatan tersebut.

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memaklumkan keputusan untuk mengadakan prosiding inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina Mahathir, 13, selaras dengan Subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan otak teruk berikutan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak yang berpunca daripada jatuh, sama seperti diagnosis awal sebelum ini.

Setakat ini, 82 saksi telah diambil keterangan dengan sebahagian daripada mereka dipanggil semula untuk memberi keterangan lanjut tentang kejadian sebelum Zara Qairina jatuh.

“Polis turut melaksanakan intervensi psikologi melibatkan 124 pelajar di SMKA Tun Datu Mustapha yang dikenal pasti mengalami trauma akibat insiden tersebut,” kata Kumar dalam sidang media hari ini.

Beliau menegaskan tiada unsur ‘cover up’ dalam siasatan dan sedang menyiasat penularan berita palsu di media sosial berkaitan kes itu.

Seorang wanita berusia 39 tahun telah ditahan di Rawang mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan berkaitan penyebaran maklumat tidak sahih.

Sehingga kini, 15 kertas siasatan dibuka berkaitan penyebaran berita palsu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan proses siasatan.

AGC sebelum ini mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula pada 9 Ogos bagi membolehkan bedah siasat dijalankan sebelum jenazah dikebumikan semula dua hari kemudian.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas dijumpai tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings