the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PGA tahan lapan pendatang tanpa izin dan rampas ganja lebih 3kg di Tumpat

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan lapan pendatang tanpa izin warga Myanmar serta merampas dadah disyaki ganja seberat lebih 3 kilogram (kg) di kawasan pengkalan haram Pohon Tar, Pengkalan Kubor pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid menjelaskan bahawa operasi itu dilaksanakan di bawah Op Taring Wawasan Kelantan oleh sepasukan anggota Batalion 8.

“Bagaimanapun, seorang suspek yang menyedari kehadiran polis telah melarikan diri menaiki perahu ke negara jiran,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan lanjut mendapati lima lelaki dan tiga wanita warga Myanmar berada di dalam kenderaan berkenaan dipercayai baru diseludup masuk melalui pangkalan haram.

Nik Ros Azhan berkata pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan 250 gram ketulan tumbuhan disyaki ganja, 3.2kg bunga ganja serta beg pakaian milik suspek.

“Anggaran keseluruhan rampasan termasuk kenderaan adalah RM153,000. Tiga suspek lelaki turut didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),“ jelasnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua suspek telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings