the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

STR Fasa 3: 8.6 juta penerima bakal terima bantuan RM650 mulai esok

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memulakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Tiga mulai esok dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 8.6 juta penerima layak menerima bantuan sehingga RM650.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan 300,000 penerima berbanding Fasa Satu pada Januari lalu yang melibatkan 8.3 juta penerima.

Peningkatan ini hasil daripada inisiatif Kerajaan MADANI membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun.

Anwar menegaskan langkah ini memastikan bantuan sampai kepada semua golongan yang benar-benar memerlukan.

“Kerajaan MADANI komited memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan ini,“ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menekankan bahawa STR bukan sekadar bantuan tunai tetapi juga bertujuan membantu penerima mencapai kestabilan kewangan.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat sama ada melalui kredit terus ke akaun bank atau secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Penerima sedia ada dan yang baru berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima bantuan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Kementerian Kewangan menasihati pemohon yang tidak tersenarai untuk membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi dilaksanakan.

Maklumat lanjut termasuk soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan boleh diakses di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings