the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hujan tidak halang orang ramai lihat proses gali semula kubur Zara Qairina

SIPITANG: Hujan lebat tidak menghalang orang ramai hadir ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol di sini hari ini, bagi menyaksikan proses gali semula kubur pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

Bagaimanapun, tinjauan Bernama mendapati mereka tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan itu difahamkan bagi memastikan proses gali semula berjalan lancar.

Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat tiba di tanah perkuburan pada 4.56 petang.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PDRM akan menggali semula kubur Zara Qairina secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar itu susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam.

AGC mengeluarkan arahan itu bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan, selepas mendapati terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings