the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki India ditahan cuba seludup 2,500 kura-kura di KLIA

PUTRAJAYA: Seorang lelaki warganegara India ditahan kerana cuba menyeludup keluar lebih 2,500 kura-kura bernilai kira-kira RM348,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) pada Selasa lepas.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek yang dijadualkan menaiki penerbangan ke Bengaluru, India, ditahan pada 10.05 malam di pintu pelepasan.

Imbasan ke atas beg yang dibawanya menunjukkan imej mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui ribuan kura-kura spesies Red-eared Slider yang disembunyikan di dalam bagasi tersebut,“ menurut kenyataan itu.

Menurut AKPS, kesemua hidupan liar tersebut telah disita untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings