the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AGC pulangkan laporan siasatan kes Zara Qairina kepada polis

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Laporan itu diserahkan semula untuk dilengkapkan sebelum tindakan lanjut diambil.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata laporan itu diserahkan semula semalam berserta arahan berhubung beberapa perkara untuk dibuat penelitian.

“Kita telah beri arahan tertentu, maknanya ada beberapa benda kita perlu ‘compile’ balik. Saya tidak boleh nak cakap secara terperinci kerana siasatan masih dijalankan tetapi ada perkara yang perlu dilengkapkan.”

Beliau tidak dapat memaklumkan tindakan yang akan diambil buat masa ini termasuk melaksanakan bedah siasat atau inkues menyiasat kematian mangsa.

Kenyataan itu dibuat selepas Majlis Menghormati Pelantikan Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Kehakiman Putrajaya.

Isnin lepas, AGC memaklumkan pihaknya telah menerima laporan penuh siasatan awal berhubung kes itu pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong SMEs face “triple squeeze” from rising costs, weak demand and interest rates...

Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") today announced the results of its 2026 SME Survey ("the Survey"), which revealed that Hong Kong SMEs are facing a "triple squeeze" of rising costs, weakening demand and interest rates fluctuations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings