the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasport keselamatan air wajib untuk pekerja industri air mulai 2026

PUTRAJAYA: Pasport Keselamatan Air yang menitikberatkan pematuhan terhadap prosedur keselamatan dan kesedaran risiko dalam kalangan pekerja dijangka dikuatkuasakan pada awal 2026, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

SPAN dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula September ini dengan pembangunan modul latihan serta pelaksanaan latihan percubaan pada penghujung tahun ini.

“Setiap peserta, yang terdiri daripada pekerja dalam industri perkhidmatan air akan diberikan sijil Pasport Keselamatan Air setelah menamatkan latihan sebagai bukti kelayakan keselamatan asas yang diiktiraf oleh SPAN dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH),” menurut kenyataan itu.

Diperkenalkan SPAN, pembangunan modul Pasport Keselamatan Air terhasil menerusi jalinan kerjasama bersama NIOSH dengan sokongan operator bekalan air dan pembetungan bagi memperkukuh kawalan risiko serta keselamatan untuk industri perkhidmatan air negara.

Menurut SPAN, inisiatif itu menjadi penanda aras kepada usaha bersama untuk memperkukuh kesedaran serta pengetahuan keselamatan dalam kalangan pekerja industri perkhidmatan air di Malaysia.

“Dengan pelaksanaan program ini, SPAN yakin tahap keselamatan pekerjaan dalam industri air akan terus diperkasa, seterusnya menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan air yang lebih selamat, cekap dan berdaya tahan,” menurut kenyataan itu.

Majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) untuk kerjasama itu berlangsung semasa sidang kemuncak Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ASEAN 2025 anjuran NIOSH di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 Ogos lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings