the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Broker tanah ditahan SPRM Negeri Sembilan kemuka dokumen palsu RM3.8 juta

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mereman seorang broker tanah bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen butir matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah berjumlah RM3.8 juta pada September tahun lepas.

Perintah reman tujuh hari itu dikeluarkan oleh Majistret Saiful Sayoti selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, suspek berusia 40-an itu ditahan kira-kira 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki menggunakan suatu dokumen mengandungi butir matan palsu iaitu geran di Mukim Lenggeng daerah Seremban.

“Geran itu atas nama seorang individu lain bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah tersebut yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM3.8 juta,“ katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings