the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jalur gemilang terbalik, SJKC Chung Hua Port Dickson mohon maaf atas kecuaian

SEREMBAN: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di premis sekolah berkenaan, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan bersama Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran sekolah, pihaknya meluahkan rasa kesal terhadap insiden itu yang disifatkan sebagai kecuaian tidak disengajakan.

Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada petang 1 Ogos apabila seorang pekerja sekolah memasang bendera sebelum tamat waktu bekerja, namun tanpa disedari satu daripadanya dipasang secara terbalik.

“Pihak sekolah menerima makluman mengenai perkara itu sekitarpukul 5 petang dan segera mengambil tindakan membetulkannya,“ katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook SJKC Chung Hua Port Dickson.

Pihak sekolah turut mengakui insiden berkenaan menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam, terutama apabila ia tular di media sosial.

Sehubungan itu, pihak sekolah berjanji akan terus menjalankan tanggungjawab pendidikan dengan penuh integriti serta menegaskan komitmen untuk sentiasa menghormati simbol kedaulatan negara.

Selain itu, SJKC Chung Hua turut berikrar memperkukuh prosedur pemantauan dan pelaksanaan serta meningkatkan tahap kewaspadaan bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings