the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tarif 19% AS tidak jejas daya saing komoditi Malaysia – Johari

JOHOR BAHRU: Kadar tarif 19 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia tidak akan menjejaskan daya saing komoditi negara di pasaran antarabangsa, menurut Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau menjelaskan bahawa kadar tersebut masih kompetitif berbanding negara-negara ASEAN lain, termasuk Indonesia, yang turut dikenakan tarif sama walaupun menjadi pengeluar minyak sawit terbesar dunia.

“Kalau tengok kelapa sawit, Indonesia (pengeluar) nombor satu dunia dan kita nombor dua. Indonesia pun kena tarif 19 peratus, sama seperti kita, kira okey dan ini maknanya adil,“ katanya ketika diminta mengulas kesan tarif AS terhadap pasaran komoditi negara.

Johari berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang.

AS telah melaksanakan kadar tarif dikurangkan sebanyak 19 peratus ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025. Kadar ini lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 25 peratus.

Barangan dalam transit diberi tempoh penangguhan tujuh hari bagi mengurangkan kesan serta-merta terhadap rantaian bekalan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings