the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

500 liter ammonia tumpah di kilang perai, bomba kawal kebocoran

BUTTERWORTH: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebocoran ammonia sebanyak 500 liter di sebuah kilang di Taman Pelangi, Perai. Kejadian dilaporkan pada pagi ini, dan operasi selesai sepenuhnya pada 1.25 tengah hari tanpa sebarang kecederaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.10 pagi. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai segera bergerak ke lokasi.

“Sebaik tiba mendapati terdapat kebocoran bahan kimia jenis ammonia berkuantiti 500 liter dan komander operasi dimaklumkan pihak syarikat telah meneuteralkan kebocoran tersebut sebelum bomba tiba,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut dihubungi untuk membantu di lokasi. Bacaan pH awal menunjukkan nilai 4, dan pihak syarikat diminta membuat sekatan bagi mengelakkan aliran bahan kimia tersebut.

Kerja-kerja nyah cemar dilakukan menggunakan Soda Ash, dan bacaan pH diambil semula bagi memastikan keadaan selamat. Operasi diselesaikan sepenuhnya pada 1.25 tengah hari tanpa sebarang insiden tambahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings