the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AS kurangkan tarif ke atas import Malaysia kepada 19 peratus

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar tarif yang telah dikurangkan iaitu 19 peratus ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Kadar tarif balas yang disemak semula itu adalah lebih rendah daripada kadar awal yang ditetapkan sebanyak 25 peratus.

Menurut kenyataan yang diterbitkan di laman web White House pada 31 Julai, perubahan tarif itu akan terpakai ke atas barangan yang masuk untuk penggunaan, atau dikeluarkan dari gudang untuk penggunaan, pada atau selepas 12.01 pagi Eastern Daylight Time, tujuh hari selepas tarikh perintah itu.

Bagaimanapun, White House menjelaskan kadar baharu itu tidak akan terpakai ke atas barangan yang telah dimuatkan ke dalam kapal dan telah sedia dalam transit menggunakan mod pengangkutan terakhir sebelum waktu tersebut, dengan syarat barangan itu untuk penggunaan atau dikeluarkan dari gudang untuk pengunaan sebelum pukul 12.01 pagi Eastern Daylight Time pada 5 Okt, 2025.

“Barangan itu tidak akan tertakluk kepada duti tambahan baharu, sebaliknya akan kekal tertakluk kepada duti ad valorem tambahan yang sebelum ini dikenakan mengikut Perintah Eksekutif 14257, seperti yang telah dipinda,” menurut kenyataan White House.

Dalam kalangan negara anggota ASEAN, Myanmar dan Laos masing-masing dikenakan kadar tarif tertinggi iaitu sebanyak 40 peratus, diikuti Brunei (25 peratus), Vietnam (20 peratus), manakala Malaysia, Kemboja, Filipina, Thailand dan Indonesia masing-masing dikenakan tarif sebanyak 19 peratus.

Singapura pula dikenakan tarif asas sebanyak 10 peratus tanpa sebarang tarif balas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon dengan Presiden AS Donald Trump pada 6.50 pagi untuk membincangkan isu tarif berlandaskan semangat dan prinsip perdagangan bebas.

Anwar berkata perbualan itu turut menyentuh siri rundingan yang sedang berlangsung antara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Wakil Perdagangan AS dan Setiausaha Perdagangan AS.

Pada 7 Julai lepas, Washington mengumumkan untuk mengenakan tarif pada kadar 25 peratus ke atas semua produk Malaysia ke AS, berasingan daripada tarif mengikut sektor, berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2025 — satu mata peratusan lebih tinggi daripada pengumuman yang dibuat pada April lepas.

Presiden Donald Trump bagaimanapun berkata tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia, atau syarikat Malaysia, memutuskan untuk membangunkan atau menghasilkan produk di AS.

Malaysia telah berunding dengan Washington sejak April bagi mengurangkan kadar tarif sebanyak 24 peratus yang dikenakan sebelum itu, dengan perbincangan terbaharu diadakan pada 18 Jun.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah ke Washington pada 18 Jun untuk bertemu dengan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, dan pegawai daripada pentadbiran AS dan pelabur untuk membincangkan isu tarif tersebut. – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings