the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Suara guru dan murid jadi teras reformasi pendidikan negara

KPM jadikan suara guru dan murid sebagai teras reformasi, lancar Kurikulum Pendidikan Baharu dan inisiatif segera termasuk AI dalam bilik darjah

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menjadikan “suara kecil” guru, murid dan komuniti sekolah sebagai teras utama reformasi pendidikan negara.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata reformasi di sekolah ialah medium untuk menterjemahkan suara ini kepada tindakan bermakna.

“Kemenjadian murid hanya bermakna apabila kita benar-benar mendengar suara murid dan guru,” katanya dalam amanat Tahun Baharu kepada warga KPM.

Beliau berkata Kurikulum Pendidikan Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini.

Kurikulum Prasekolah 2026 akan menjadi langkah awal dengan penekanan kepada pembentukan karakter dan pendedahan awal teknologi digital.

Sebanyak 350 kelas prasekolah tambahan disasarkan pada tahun ini termasuk di lapan Kolej Matrikulasi.

Kerajaan memperuntukkan RM125 juta bagi kerja baik pulih dan penyelenggaraan kelas prasekolah sedia ada.

Sistem penggredan baharu pentadbir sekolah akan dilaksanakan mulai hari ini.

Sistem itu melibatkan penaiktarafan pentadbir kepada siswazah dengan mengambil kira beban tugas berdasarkan enrolmen murid.

Ia turut memenuhi tuntutan kesatuan guru termasuk membolehkan Guru Akademik Biasa Gred DG12 dilantik sebagai Guru Penolong Kanan sekolah rendah.

KPM mengenal pasti 14 Inisiatif Segera di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026–2035.

Inisiatif itu bagi menangani isu kritikal termasuk sekolah padat, sekolah daif dan pendidikan khas.

Antaranya ialah pengoperasian 17 sekolah baharu tahun ini dan naik taraf 50 sekolah daif.

Sebanyak 200 kelas Pendidikan Khas baharu akan dibuka secara berfasa.

Untuk menyokong guru, sebanyak 1,470 pembantu guru akan ditempatkan manakala 600 Pembantu Warden Asrama MyStep akan dilantik bermula Mac.

Dalam aspek teknologi, 800 sekolah akan melaksanakan Program Bilik Darjah Dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI).

Pelantar pembelajaran DELIMa 3.0 berasaskan AI akan digunakan mulai bulan ini.

Bagi pelajar prauniversiti, KPM menyalurkan Bantuan Persekolahan Awal RM150 secara sekali beri kepada 99,678 murid tingkatan enam.

Fadhlina menyeru seluruh ekosistem pendidikan bersama memikul amanah membina masa depan negara.

“Kejayaan sebenar pendidikan bukan diukur semata-mata melalui pencapaian global,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories