the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

1,821 pelajar Tingkatan 5 terima bantuan persekolahan di Bandar Tun Razak

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seramai 1,821 pelajar Tingkatan Lima di Parlimen Bandar Tun Razak terima bantuan persekolahan termasuk wang tunai RM100 daripada Wan Azizah.

KUALA LUMPUR: Seramai 1,821 pelajar Tingkatan Lima daripada 10 sekolah menengah di Parlimen Bandar Tun Razak menerima bantuan persekolahan termasuk wang tunai RM100.

Sumbangan itu disampaikan oleh isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Program Ceria Ke Sekolah Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Harian Parlimen Bandar Tun Razak 2025.

Dr Wan Azizah berkata program itu bukan sekadar penyampaian bantuan tetapi satu bentuk sokongan moral agar pelajar lebih bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi.

“Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah langkah awal ke arah masa depan yang lebih luas,” katanya.

Beliau menekankan komitmennya menyokong pembangunan pendidikan dan membantu pelajar terus berusaha.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata program kali kedua itu bertujuan meringankan beban keluarga dan menyemarakkan semangat komuniti.

“Semua pelajar akan mendapat sebuah beg sekolah yang terukir nama pelajar, nama kelas dan logo lencana sekolah,” katanya.

Azman berharap sumbangan wang tunai akan digunakan untuk membeli keperluan sekolah seperti barangan kelengkapan dan buku.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan Nur Aisyah Amani Jumairi berkata dia amat bersyukur kerana terpilih menerima sumbangan.

“Alhamdulillah sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini,” katanya.

Pelajar SMK Orkid Desa Tan Wen-Yi pula berkata bantuan itu dapat digunakan untuk membeli buku rujukan bagi tujuan ulang kaji.

“Saya gembira hari ini dapat bantuan lebih-lebih lagi kerana akan menduduki SPM tahun ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

NGO lauds initiative to recognise Rohingya refugees

It called on the government to publicly clarify the criteria for refugee recognition and work eligibility, the duration and conditions of the temporary stay document, sectors in which refugees may work, application timelines, appeal mechanisms and pathways for those who are not recognised or approved for employment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings