the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Negara-Negara FIH 2025: Speedy Tigers akhiri saingan di tempat keenam

KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan kempen Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2025 di tempat keenam selepas tewas 1-2 kepada Wales dalam aksi penentuan tempat kelima di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Perlawanan berlangsung seimbang dengan skuad bimbingan Sarjit Singh terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-20.

Bagaimanapun, Wales menyamakan kedudukan pada minit ke-42 hasil jaringan Rhys Bradshaw sebelum Gareth Furlong memadam impian Speedy Tigers apabila meledak gol kemenangan 10 minit sebelum tamat permainan.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kempen di tempat keenam – satu anak tangga lebih baik berbanding pencapaian edisi lepas di Gniezno, Poland apabila sekadar menduduki tempat ketujuh.

Mengulas persembahan pasukan, Sarjit mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, terutama dari segi kepantasan dan penyudah, serta kegagalan menyempurnakan peluang menjadi punca kekalahan.

“Pemain muda perlu belajar… bila diberi peluang, mereka harus manfaatkan. Kita dah mendahului 1-0, tetapi kesilapan memberi pukulan sudut penalti telah menghukum kita.

“Namun, saya puji komitmen dan disiplin pemain di atas padang. Cuma aspek ‘marking’ di benteng perlu diberi perhatian,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Sementara itu, dalam aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan, Jepun menewaskan Afrika Selatan 2-1.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings