the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan peruntuk RM20 juta bina bangunan gantian SK Tibabar Ranau

RANAU: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembinaan blok bangunan gantian baharu Sekolah Komprehensif 9 (K9) Sekolah Kebangsaan (SK) Tibabar di sini yang merangkumi pejabat pentadbiran, bilik darjah, perpustakaan, rumah guru dan kemudahan lain.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata projek itu adalah bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan akses pendidikan terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memastikan kualiti pendidikan terbaik dapat disediakan untuk manfaat murid serta masyarakat setempat.

“SK Tibabar yang berfungsi sebagai Program Sekolah K9 memudahkan akses pendidikan untuk murid di kawasan ini sekali gus memastikan isu keciciran dapat ditangani,“ menurutnya dalam kenyataan selepas merasmikan bangunan baharu sekolah itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin.

Program Sekolah K9 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan yang menyediakan peluang persekolahan selama sembilan tahun di peringkat rendah dan menengah di premis sama bagi mengatasi masalah keciciran murid terutama di kawasan pedalaman serta geografi mencabar dengan 33 program sedang beroperasi di seluruh negara termasuk 15 di Sabah.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut Fadhlina menekankan sekolah model K9 yang diperkenal membolehkan pelajar meneruskan pengajian dari sekolah rendah hingga tingkatan tiga di lokasi sama sekali gus memberi peluang pendidikan yang lebih baik kepada komuniti setempat.

Justeru, beliau menyeru ibu bapa agar memainkan peranan dalam memastikan anak-anak tidak tercicir daripada sistem pendidikan negara selaras dengan usaha kerajaan memberikan pendidikan kepada golongan itu di negara ini.

“Komitmen kerajaan dalam menyediakan pendidikan percuma dan dasar pendidikan wajib sekolah rendah perlu disokong dengan kesedaran ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

“Anak-anak kita ini lahir bukan sahaja untuk mendapat nama yang baik tetapi mereka lahir bersama hak untuk mendapat pendidikan yang baik. Kita tidak mahu ada halangan yang menghalang mereka daripada melanjutkan pengajian,“ katanya.

Ketika ditemui pemberita, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa berhubung insiden di Melaka membabitkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang dipercayai terlibat dengan kematian ibu dan abangnya pada Khamis lepas.

Beliau berkata pihaknya kini memberi fokus untuk menyalurkan sokongan kepada seorang lagi mangsa yang cedera selain memberikan ruang sepenuhnya kepada keluarga mangsa yang kini berdepan detik sukar.

“Cuma saya ambil pendekatan begini, kita melihat bahawa begitu banyak spekulasi berlaku ketika ini. Saya rasa kita perlu beri masa kepada keluarga kerana isu ini sangat menyayat hati dan tidak disangka oleh sesiapa pun.

“Jadi beri ruang kepada keluarga untuk melaksanakan semua proses terlebih dahulu termasuk siasatan oleh pihak berkuasa dan kita akan pantau dari semasa ke semasa berkaitan kebajikan keseluruhan keluarga ini,“ katanya.

Pada Khamis lepas, seorang guru wanita berusia 51 tahun dan anak sulungnya, 21, maut manakala anak bongsunya cedera parah dipercayai akibat ditikam di rumah mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings