the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 300 dekoder MYTV percuma, e-paper eksklusif ditawarkan di Karnival HAWANA 2025

KUALA LUMPUR: Sebanyak 300 unit dekoder MYTV percuma ditawarkan kepada pengunjung Karnival HAWANA 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di ruang legar Sunway Putra Mall di sini.

Pengunjung berpeluang memenangi dekoder itu dengan menyertai kuiz interaktif di reruai MYTV, dengan agihan 100 unit sehari sepanjang tempoh karnival bertujuan menarik minat orang ramai menikmati siaran televisyen digital berkualiti secara percuma tanpa yuran langganan bulanan.

Eksekutif Penyelaras Acara MYTV Muhammad Afiq Firdaus berkata inisiatif berkenaan sejajar dengan komitmen syarikat itu untuk memperluas akses kepada kandungan digital yang terangkum dan mampu milik bagi semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata MYTV turut memperkenalkan aplikasi penstriman terbaharu, ‘MYTV Mana-Mana’, yang membolehkan pengguna menonton siaran televisyen percuma dan kandungan premium berbayar menerusi telefon pintar di mana-mana sahaja.

“Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi untuk menikmati siaran seperti RTM, Bernama TV dan beberapa saluran antarabangsa termasuk CNA (Channel NewsAsia) Singapura,” katanya kepada Bernama hari ini.

Karnival itu adalah sebahagian daripada pengisian sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika”.

Sementara itu, di reruai The News Straits Times Press (NSTP) pengunjung berpeluang menerima naskhah akhbar bercetak secara percuma iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times yang diedarkan sepanjang tiga hari Karnival HAWANA berlangsung.

Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan NSTP Wan Fazly Hizam Wan Kadir berkata selain edaran secara fizikal, pengunjung juga boleh menikmati langganan e-paper percuma selama setahun dengan mendaftar menggunakan alamat e-mel melalui kod respons pantas (QR) yang disediakan.

“Langganan ini lazimnya bernilai RM258 setahun, menjadikan tawaran sempena HAWANA sebagai penjimatan besar kepada pengguna baharu. Inisiatif sebegini bertujuan menggalakkan pembacaan berita sah dan berkualiti dalam kalangan rakyat, terutamanya pelajar dan komuniti akademik,” katanya.

Wan Fazly berkata selain produk akhbar, pengunjung turut diperkenalkan kepada platform digital Klik, iaitu laman arkib berita yang menyimpan salinan muka surat penuh akhbar sejak 2004 dalam bentuk format dokumen mudah alih (PDF) serta koleksi gambar bersejarah sejak 1845.

Kemuncak sambutan HAWANA 2025 bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) esok.

Lebih 1,000 pengamal media, wakil-wakil persatuan wartawan tempatan dan media negara anggota ASEAN dijemput sekali gus menghimpunkan kumpulan media profesional serta pakar industri sambil bertukar-tukar idea selain menjalinkan hubungan strategik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings