the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

252 sekolah di Perak diklasifikasi sebagai sekolah kurang murid

Pengarah Pendidikan Perak dedahkan 252 sekolah di negeri itu mempunyai kurang 150 pelajar, dengan PPD Kuala Kangsar catat jumlah tertinggi.

KUALA KANGSAR: Sebanyak 252 sekolah di Perak diklasifikasi sebagai sekolah kurang murid (SKM) pada tahun ini.

Pengarah Pendidikan Perak Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata sekolah berkenaan mempunyai kurang daripada 150 pelajar.

Beliau berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar antara yang paling tertinggi jumlah SKM iaitu 33 sekolah.

Ini diikuti PPD Bagan Datuk (32) dan PPD Batang Padang (30).

Zulkafli berkata Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil adalah yang paling tinggi merekodkan SKM iaitu 91.

Sekolah Kebangsaan (SK) pula mencatatkan 79 sekolah diikuti SJK Cina (70) dan SK Orang Asli (12).

“Ada sekolah yang beroperasi dengan tujuh orang murid, ada juga dengan lima orang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program First Day At School di SK Raja Perempuan Muzwin di sini.

Antara faktor yang menyebabkan sekolah mempunyai kurang murid adalah sejarah dan geografi.

Faktor lain termasuk mengikut ibu bapa berpindah ke tempat lain.

Dalam ucapan sebelumnya, Zulkafli berkata konsep Sekolah Selamat merangkumi keselamatan fizikal, emosi dan kesejahteraan murid.

“Antara contoh Sekolah Selamat ialah laluan selamat ke sekolah dan dalam kawasan sekolah,” katanya.

Beliau menekankan pematuhan disiplin serta usaha mencegah buli dan jenayah seksual.

“Murid perlu diajar untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan menggunakan laluan yang ditetapkan,” ujarnya.

Zulkafli menambah murid juga perlu berdisiplin serta saling menghormati dan tidak menyakiti rakan-rakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings