the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UK perkenal kesalahan jenayah baharu untuk imej intim AI tanpa persetujuan

Kerajaan UK akan denda platform dan individu yang cipta atau kongsi imej intim deepfake AI tanpa kebenaran, kata Setiausaha Teknologi Liz Kendall

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) akan memperkenalkan kesalahan jenayah baharu minggu ini menyasarkan penghasilan imej intim tanpa persetujuan, kata Setiausaha Teknologi Liz Kendall pada Isnin, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kandungan deepfake kecerdasan buatan (AI).

Menurut Anadolu Ajansi, langkah itu susulan penyiasatan ke atas chatbox AI milik X, Grok yang digunakan untuk menjana imej seksual individu tanpa kebenaran mereka.

Platform X milik bilionair Elon Musk, kini dikehendaki menurunkan kandungan deepfake di bawah undang-undang UK dan Kendall menyifatkan imej lucah ciptaan Grok itu sebagai senjata untuk eksploitasi.

Beliau memberitahu wakil rakyat: “Di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, berkongsi imej intim tanpa persetujuan seseorang atau mengugut untuk menyebarkannya, termasuk imej individu memakai hanya pakaian dalam merupakan kesalahan jenayah bagi individu dan platform.

“Akta Data yang diluluskan tahun lepas, menjadikannya satu kesalahan jenayah untuk mencipta atau meminta penghasilan imej intim tanpa persetujuan.

Hari ini saya mengumumkan kepada Dewan bahawa kesalahan ini akan dikuatkuasakan minggu ini dan saya juga akan menjadikannya sebagai kesalahan utama dalam Akta Keselamatan Dalam Talian,” tambahnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings