the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Umno belum terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: UMNO masih belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi dalam kenyataan malam ini berkata UMNO memandang serius niat peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sehingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh memberitahu Bernama beliau akan mengulas mengenai perkara itu esok.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Menurut Tengku Zafrul beliau telah menyatakan niat untuk menyertai PKR kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Fuziah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings