the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seleweng dana pembinaan lebuh raya: SPRM sita aset RM32 juta disyaki milik Tan Sri

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita pelbagai aset bernilai RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri susulan siasatan melibatkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Menurut sumber, antara barangan yang disita ialah tas tangan, barang kemas, kenderaan mewah, jam tangan dan wang tunai selepas Bahagian Siasatan SPRM menggeledah dua kediaman milik individu itu di ibu negara.

Beliau memaklumkan hasil penggeledahan itu, SPRM menyita 217 utas jam tangan mewah pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta, 27 tas tangan (lebih RM1 juta) dan barang kemas (lebih RM4 juta).

“Menerusi penggeledahan itu juga, SPRM menyita sembilan unit kenderaan mewah seperti Bentley, Mercedes-Benz dan Range Rover bernilai hampir RM7 juta,“ katanya.

SPRM turut menemukan sebuah stor simpanan pelbagai jenis minuman berakohol mewah di satu lagi kediaman yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta dan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Sumber itu memaklumkan SPRM juga menyita sebuah lagi unit kediaman mewah di ibu negara dianggarkan bernilai sekitar RM12 juta yang dipercayai milik individu berkenaan.

Beliau berkata kesemua barangan dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HDBank chairman honoured among Viet Nam’s outstanding entrepreneurs

HANOI, VIET NAM – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – HDBank Chairman Kim Byoungho was named one of Viet Nam’s top 10 outstanding business leaders for 2021-25, receiving the “Outstanding Vietnamese Entrepreneur – Thanh Giong (Saint Giong) Cup 2026” from the Vietnam Chamber of Commerce and Industry (VCCI) on October 11 in Hanoi.

ZTE Expert David AN Shares TCO-Optimized AI Factory Vision at Data Centre World Singapore...

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – at Data Centre World (DCW) Singapore 2026, David AN, Director of ZTE CTO Group, delivered a keynote titled “From Data Center to AI Factory, TCO-Optimized AIDC” in the DCW Keynote Theatre.

VinFast announces special incentives for new electric motorcycle showrooms in Indonesia and the Philippines,...

MANILA/JAKARTA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – VinFast has announced a special incentive package of up to US$60,000 for each new electric motorcycle showroom opened by its dealer partners in the Philippines and Indonesia.

Fischer Etablishes New Malaysian Subsidiary, Reinforcing Its Commitment to Customers Across Malaysia

PETALING JAYA, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – Having served customers in Malaysia with German-engineered solutions and services for more than a decade, fischer has now established a local subsidiary to provide more tailored solutions and enhanced customer support throughout the entire project lifecycle—from planning and design through to construction and completion.

Most Viewed

spot_img