the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PKR perlu rangka program, dekati pengundi muda menjelang PRU16 – Nurul Izzah

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memperkasa jentera dan mendekati rakyat dengan merangka program kemasyarakatan, khususnya bagi pengundi muda untuk meraih sokongan golongan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berkata kaji selidik yang dijalankan menunjukkan 68 peratus orang muda tidak meminati politik, justeru parti mempunyai peranan untuk mendepani cabaran tersebut.

“Kita faham, mereka (pengundi 18 tahun) undi berdasarkan pilihan kawan, kalau dulu mereka dengar mak ayah undi parti A, dia hendak undi parti C, mereka tak nak ikut, mahu jadi rebel. Ini juga cabaran yang akan kita hadapi.

“Bila bercakap dalam konteks masalah 68 peratus pengundi muda tidak minat dengan politik, maksudnya kita kena pastikan program masyarakat itu menjadi sebati dengan jiwa,” katanya ketika berucap pada Jelajah Temu Rapat Akar Umbi Zon Utara di sini pada hari Ahad (Mei 8).

Turut hadir Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek merangkap Menteri Pendidikan dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Nurul Izzah yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PKR sesi 2025-2028 juga mahu ahli parti tidak melupakan sejarah parti itu yang sentiasa kalis dan berdepan dengan pelbagai cabaran sejak ia ditubuhkan pada 4 April 1999.

Ditanya mengenai cadangan berdebat dengan pesaingnya Datuk Seri Rafizi Ramli, beliau berkata lebih fokus untuk berjumpa dengan akar umbi parti tersebut dalam tempoh berbaki lima hari lagi untuk pemilihan parti.

Pengerusi MPN Pulau Pinang itu juga berkata beliau mahu memberi fokus kepada PRU16 dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang yang disifatkannya lebih penting berbanding pemilihan parti.

Pemilihan PKR menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden antara Nurul Izzah dan Rafizi manakala Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tanpa dicabar.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Wanita dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

ZTE Expert David AN Shares TCO-Optimized AI Factory Vision at Data Centre World Singapore...

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – at Data Centre World (DCW) Singapore 2026, David AN, Director of ZTE CTO Group, delivered a keynote titled “From Data Center to AI Factory, TCO-Optimized AIDC” in the DCW Keynote Theatre.

VinFast announces special incentives for new electric motorcycle showrooms in Indonesia and the Philippines,...

MANILA/JAKARTA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – VinFast has announced a special incentive package of up to US$60,000 for each new electric motorcycle showroom opened by its dealer partners in the Philippines and Indonesia.

Fischer Etablishes New Malaysian Subsidiary, Reinforcing Its Commitment to Customers Across Malaysia

PETALING JAYA, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – Having served customers in Malaysia with German-engineered solutions and services for more than a decade, fischer has now established a local subsidiary to provide more tailored solutions and enhanced customer support throughout the entire project lifecycle—from planning and design through to construction and completion.

Most Viewed

spot_img