the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 17, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

20 kereta, tiga motosikal musnah dalam kebakaran di Bandar Puchong Jaya

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 kereta dan tiga motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Puchong Jaya pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.56 pagi dan sebanyak 21 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bersama BBP Subang Jaya, Seri Kembangan dan Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada 11.04 pagi, operasi pemadaman segera dilaksanakan dan kebakaran melibatkan sebuah bangunan kelas B yang dijadikan bengkel kereta dan motosikal dengan keluasan anggaran 80×60 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran telah memusnahkan kira-kira 70 peratus struktur bengkel berkenaan dan tiada mangsa terlibat.

Katanya, operasi pemadaman sedang giat dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories