the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir Sarawak turun kepada 611 orang di empat PPS

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Jumlah mangsa banjir di Sarawak turun sedikit kepada 611 orang di empat pusat pemindahan sementara di Sibu dan Bintulu

SIBU: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun sedikit kepada 611 orang pagi ini.

Mereka daripada 194 keluarga berbanding 622 orang yang dilaporkan petang semalam menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Empat PPS masih beroperasi di Bahagian Sibu dan Bintulu.

Di Sibu, hanya PPS SMK Bukit Assek menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga.

Di Bintulu, PPS Dewan Suarah menempatkan 278 mangsa daripada 85 keluarga.

Di Sebauh, PPS Balai Raya menempatkan 150 mangsa daripada 54 keluarga.

PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh pula menempatkan 177 mangsa daripada 54 keluarga.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air di empat stesen masih melebihi paras bahaya.

Stesen berkenaan ialah Long Teru (Miri), Sungai Sibiu (Bintulu), Nanga Lemai B dan Stapang B (Sibu).

Lima stesen lain dilaporkan berada pada paras amaran menurut portal Public Infobanjir.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings