the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga maut dalam kebakaran empat kilang di Olak Lempit

Tiga maut rentung dalam kebakaran empat kilang di Kawasan Perindustian Olak Lempit, Banting, melibatkan kilang pemprosesan minyak

SHAH ALAM: Tiga maut dalam kebakaran yang melibatkan empat buah kilang di Kawasan Perindustian Olak Lempit, Banting malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 11.03 malam.

Sebanyak 69 anggota dan pegawai dari sembilan balai bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran itu melibatkan empat premis termasuk sebuah kilang pemprosesan minyak yang terletak bersebelahan.

“Mayat mangsa pula ditemukan rentung semasa proses overhaul di kilang pemprosesan minyak yang terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman turut dibantu oleh tiga pasukan bomba sukarela dari kawasan sekitar.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.15 pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings